Posts

Showing posts from February, 2022

"Kamado Tajiro"

Image
 Kamado Tanjiro adalah watak utama didalam animasi "Kimetsu No Yaiba". Dia adalah seorang kanak kanak daripada keluarga yang sederhana. Hidup didalam kawasan Pergunungan bersama keluarga yang ramai akan tetapi tidak mempunyai ayah(Tanjuro) kerana telah meninggal. Tanjiro adalah seorang yang sangat baik hati,bertanggungjawab dan sangat gigih dalam melakukan pelbagai perkara. Pada mulanya, dia tidak pandai dalam mengunakan pedang dan teknik penafasan. Akan tetapi dia telah mempelajari teknik tersebut daripada bekas pendekar Hashira dan menguasai dua jenis teknik pernafasan iaitu teknik pernafasan air dan matahari.

Pendekar Berkepala Khinzir Hutan !!!

Image
 Berasal dari sebuah gunung yang tinggi di jepun dan tidak mengenali dunia luar, seorang lelaki bernama Inosuke Hashibira atau dikenali sebagai Pemburu Iblis Berkepala Khinzir Hutan. Dia adalah salah satu pengembara bersama Kamadou Tanjiro. Dia sangat terkenal dengan watak personalitinya yang sangat bising dan bersemangat. Akan tetapi dia mempunyai satu lagi watak yang tenang dan tidak bersuara lantang apabila dia menanggalkan topeng khinzirnya. Dia juga terkenal dengan teknik pernafasan yang di ciptakan sendiri. Dia juga menjadi salah satu watak kegemaran didalam "Demon Slayer" kerana sikapnya yang lucu dan membuatkan pengemar tidak henti ketawa.

"'Agatsuma Zenitsu" Si Budak Petir

Image
  Agatsuma Zenitsu adalah karakter daripada Anime "Kimetsu No Yaiba" (Demon Slayer) yang paling disukai oleh pengemar kerana cara bertarungnya yang sangat unik. Zenitsu adalah penguna teknik pernafasan petir. Namun sayangnya, Zenitsu hanya menguasai teknik pernafasan petir tahap pertama yang merupakan teknik pernafasan petir dasar. (basic) Tetapi dengan penafasan petir yang pertama itu, Zenitsu mampu memberikan pertarungan yang cukup epik kepada peminat setianya.